Kerjaya Ili Sulaiman

Selepas menamatkan pengajian di London pada 2014, beliau pulang ke Malaysia dan mengusahakan perniagaan menjual makanan siap dimasak di Instagram, Dish by Ili pada Julai tahun yang sama.[2] Ili mula terkenal apabila beliau menjadi pengacara untuk rancangan masakan pertamanya, Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili yang bersiaran di Astro Ria pada 13 Februari 2015. Pada masa yang sama, beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Food Asia Hero dan dinobatkan sebagai pemenang.[4][7][2]

Pada tahun 2016, beliau bersama rakan-rakannya, menubuhkan perusahaan sosial Agak Agak Initiative, di mana anak muda yang kurang mampu diberi kesempatan untuk belajar lebih banyak mengenai industri makanan dengan bekerja di restoran Agak Agak. Ia ditutup pada tahun 2017, hanya setelah setahun beroperasi.[4][8] Ili dan rakannya juga membantu menjalankan latihan kakitangan restoran lain. Pada tahun 2018, salah seorang rakannya, Basirah Yeusuff, mendapati bahawa ada minat untuk membuka kembali Agak Agak di Seoul, Korea Selatan.[4]

Pada 12 Ogos 2019, beliau menjadi pengacara untuk rancangan Belanga Kacukan yang bersiaran di TV Okey. Menerusi rancangan ini, beliau menjemput selebriti jemputan yang berdarah kacukan untuk memasak bersama-sama. Antara artis jemputan ialah Keith Foo, Zizi Kirana, Fahad Iman, Josiah Hogan, Tash Yong dan Intan Ladyana.[9]

Rujukan

WikiPedia: Ili Sulaiman http://www.imdb.com/name/nm8555386/ https://asianfoodnetwork.com/en/our-foodies/ili-su... https://www.budiey.com/cef-ili-sulaiman-hos-progra... https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/inspirasi-... https://gempak.com/berita-terkini/ili-sulaiman-tak... https://www.instagram.com/ilisulaiman/ https://www.malaymail.com/news/life/2017/06/25/how... https://www.prestigeonline.com/my/people-events/pe... https://setthetables.com/ili-sulaiman-kitchen-pant... https://www.thestar.com.my/food/food-news/2020/04/...